Muslim Youth Islamic Camp (MYCAMP)

Muslim Youth Islamic Camp (MYCAMP) ::: 15-17 Mac 2012 (Khamis, Jumaat, Sabtu)::: Berumur 12-17 tahun

Thursday 3 April 2014

MAKLUMAT PROGRAM BPKR DAN KeARAH

Anjuran BPKR:


1. Kem Remaja Pewaris HALUAN Kebangsaan (PEWARIS)
   
PEWARIS-9 Di Tok Bali Kelantan
Program ini  diperkenalkan pada 2005. Tahun 2014 masuk siri ke-10 yang insya-Allah akan diadakan di Wilayah Tengah. Pada tahun lepas program ini diadakan di Tok Bali Kelantan dan tahun sebelumnya di Kuala Terengganu. PEWARIS adalah program kepimpinan yang bermatlamat memberi pendedahan aspek kepimpinan dakwah dan tarbiah kepada kumpulan remaja yang terpilih. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah angkat HALUAN serta lain-lain sekolah yang memenuhi syarat iaitu memiliki akhlak yang baik dan ciri kepimpinan serta iltizam dengan halaqah. Jumlah peserta ialah 120-150 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari seluruh Malaysia dan diadakan semasa cuti sekolah pertengahan tahun.



2. Kursus Pembangunan Fasilitator dan Urusetia Program Kanak-Kanak dan Remaja (FURSAN)
Lencana    FURSAN
(Peringkat Kebangsaan)
Program ini mula diadakan pada 31 jan dan 1 Februari tahun 2014 di Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam dengan penyertaan seramai 155 orang dari seluruh semenanjung Malaysia. Peserta adalah daripada kalangan remaja 16 tahun ke atas termasuk pelajar IPT dan generasi pemuda dan pemudi.


Sebahagian Peserta FURSAN
Peserta FURSAN didedahkan dengan keperluan-keperluan rohani, mental, jasmani serta kemahiran pengurusan, pedadogi  dan psikologi dalam menguruskan program dan kem kanak-kanak dan remaja. Pengisian dimantapkan dengan perkongsian pengalaman daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman mengendalikan program kanak-kanak dan remaja sejak tahun-tahun 1990-an lagi. Peserta yang tamat kursus dianugerahkan lencana FURSAN dan diangggap layak menjadi fasilitator dan urusetia bagi program-program kanak-kanak dan remaja. Bagi zon Sabah program ini diadakan pada 8-10 Januari dengan nama Kem Fasiitator Harapan bersama peserta seramai 36 orang.

3. Program Tarbiyatul Aulad Wal Banat (AULAD BANAT)
(Peringkat Negeri)
Aulad Banat- aktiviti kumpulan
Program ini diperkenalkan sejak tahun 1991 khas untuk mentarbiah anak-anak ahli HALUAN dan sukarelawan HALUAN. Program ini diadakan disetiap negeri. Peserta terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah tahun 1  hingga tahun 6. Tujuan program ini adalah untuk menanam asas-asas tauhid dan akhlak Islam kepada generasi kanak-kanak serta menyediakan suasana tarbawi yang bersifat jama'ie dengan harapan apabila mereka menginjak ke alam remaja mereka sudah terbiasa dengan suasana tarbawi  Islami dan memudahkan bagi pengisian fikrah Islamiah. Program ini adalah program paling asas dalam siri program tarbiah kanak-kanak dan remaja yg dikendalikan oleh BPKR dan KeARAH.

4. Program Pembangunan Keluarga
Rehlah tarbawiyah keluarga
Termasuk dalam program ini ialah Program Pendidikan Anak-Anak untuk Ibu bapa, Program Pendidikan Baitul Muslim untuk Generasi Muda dan Program Pendidikan Baitul Muslim untuk Usia Senja Perkahwinan. Tujan program-program ini adalah untuk mendedahkan pengurusan baitul muslim berdasarkan al-Quran, As-Sunnah , Sirah Sahabat-sahabat dan pengalaman ulamak-ulamak muktabar.
   




Anjuran KeARAH:

1. Kem Minda Kreatif (KMK)
(Peringkat Negeri)

Aktiviti Kerohanian
KMK diperkenalkan pada tahun 2002 sebagai program khusus untuk anak-anak ahli HALUAN dan pelajar-pelajar sekolah angkat HALUAN. Pada mulanya ia dilaksanakan pada peringkat zon utara kemudiannya berkembang negeri-negeri lain. Mulai 2009 KMK telah dibuka penyertaannya kepada masyarakat umum dan dikendalikan di
empat zon di semenanung Malaysia. Kini, sejak 2012, KMK telah dikendalikan pada peringkat negeri termasuk di negeri sabah.
Pengisian fikrah di check point
 KMK diadakan dalam bulan November/ Disember sekali setahun. Peserta KMK, pada peringkat awalnya ialah pelajar sekolah menengah tingkatan 1-5. Setelah ProCAST dan JDK diperkenalkan, kini peserta KMK adalah dalam kalangan pelajar tingkatan 1-3.

salah satu aktiviti outdoor dalam KMK
Fokus KMK ialah ketiga-tiga fakulti ruh, fikri dan jasmani mendedahkan kepada para peserta tentang fikrah Islamiah yang asas iaitu kesyumulan Islam sebagai panduan hidup serta satu-satunya alternatif bagi penyelesaian masalah kehidupan di alam ini melalui sesi kuliah utama, kuliah subuh dan tazkirah maghrib. KMK juga bertujuan mendedahkan kepentingan ibadah khasnya solat serta solat berjemaah dan membina ukhuwah Islamiyah dan membina jaringan silaturahim di samping memperkenalkan HALUAN kepada masyarakat remaja dan ibu bapa mereka. Aspek kecergasan fizikal juga merupakan salah satu fokus KMK melalu aktiviti outdoornya.

2. Kem Anak Soleh (KASeH) 
(Peringkat Negeri)
Solat berjemaah
Program ini bermula dengan Program Aulad Banat. Setelah wujud
keperluan untuk memperkenalkan HALUAN kepada generasi kanak-kanak dan ibu bapa mereka, suatu program yang baru diperkenalkan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun 3-6 dengan nama Kem Anak Soleh (KASeH) pada tahun 2009. Program ini memfokus kepada penyemaian asas tauhid dan akhlak serta teori dan amali wudhu' dan solat.
aktiviti outdoor bersama abang facilitator
Ia juga menekankan aspek sosio-emosi serta kecergasan fizikal. Program ini diadakan dua kali setahun iaitu semasa cuti sekolah pertengahan tahun dan hujung tahun. 







3. Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI)
(Peringkat Zon)
Mendaki Gununf Jerai
KAHFI diadakan di semua zon iaitu Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Sabah. Program ini adalah program lanjutan dan terbuka kepada para peserta yang pernah menyertai program-program KeARAH dan BPKR seperti Aulad Banat, KASeH, KMK dan STAR! serta program-program HALUAN yang lain seperti PESONA dan ProCAST termasuk pelajar sekolah angkat HALUAN.

Pengisian program merangkumi aspek fikri dengan kuliah-kuliah
   KAHFI - Pengisan Fikri.


berkaitan 10 muwasafat tarbiyah dan tarbiyah dzatiyah, aspek ruhi dengan pengisian aktiviti kerohanian seperti Katibah dan Qiyamullail serta aktiviti outdoor yang dikendalikan mengikut kreativiti lokasi. Program ini diadakan semasa cuti sekolah bulan Mac. 






4. Young Stars Annual Gathering (STAR!)
(Peringkat Kebangsaan) 

STAR! - Forum
STAR! diperkenalkan pada 2013 dan julung kali diadakan dalam bulan Disember 2013 di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah dengan penyertaan seramai 300 orang remaja berumur 13 hingga 19 tahun. Program ini bertujuan mendedahkan kesedaran tentang peranan remaja Muslim dalam realiti semasa dan akan datang, mempertemukan remaja peserta-peserta program KeARAH, BPKR dan program HALUAN dari seluruh Malaysia, membina jaringan silaturahim dan dakwah yang lebih luas serta mencungkil bakat-bakat baru daripada kalangan remaja dalam bidang pidato, lukisan, nasyid dan kebudayaan Islam, fotografi dan filem pendek. Insya-Allah pada 2014 STAR! akan diadakan pada bulan September.

5. Kem Solat dan Pembangunan sahsiah
(Peringkat Negeri)

Amali Solat
Program ini diadakan di sekolah dan masjid berdasarkan perundingan dan jemputan pihak sekolah dan
Amali Wudhu'
masjid. Fokus program ini memberi pededahan nilai-nilai akhlak, taharah dan memperbetulkan wudhu' serta solat. Pengisian program adalah kuliah taharah, kuliah teori wudhu' serta solat dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerapan nilai-nilai akhlak dan amali wudhu' serta solat.



6. Usrah
 (Peringkat Negeri)
Usrah di sekolah bersama mentor dan pembantu mentor
Program ini juga diadakan di sekolah berdasarkan perundingan dan jemputan pihak sekolah dan untuk alumni peserta KMK dan KAHFI yang tidak menuntut di sekolah angkat HALUAN. Melalui Usrah remaja boleh didekati dengan jarak yang lebih hampir. Pengisian adalah berkaitan asas fikrah dan akhlak Islamiah. Tenaga mentor adalak AJK KeARAH/ ahli HALUAN dan dibantu oleh pembantu mentor dalam kalangan pengerak muda KeARAH/ Pelajar Sekolah Angkat HALUAN.

7. Program  Reunion KASeH, KMK dan STAR! (ReAKTIF)
(Peringkat Negeri) 

Tautan Kaseh (tamrin) Pengerak KeARAH
Program ini diadakan pada hujung bulan Disember dengan tujuan untuk menyegarkan hubungan ukuwah dalam kalangan alumni peserta program-program KeARAH iaitu KASeH, KMK dan  STAR!

8. EMOSI
(Peringkat Daerah) 

Emosi di pelopori di negeri Kelantan sebagai mukadimah kepada Kem Anak Soleh (KASeH). Ia diadakan di setiap daerah dan peserta EMOSI akan menjadi peserta utama KASeH.

9. Tautan Kasih
(Peringkat Negeri) 

Program ini adalah khusus untuk para penggerak KeARAH, diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun sebagai wadah untuk memantapkan fikrah Islamiah sebagai bekalan untuk bekerja di medan dakwah dan tarbiah.

10. Program Pembangunan Penggerak

ToT Penggerak Program.
Program ini mula diperkenalkan semasa KMK 2005 dan seterusnya hingga kini dalam program-program BPKR dan KeARAH. Program ini bersifat informal dan latihan amali di mana generasi muda yang berpotensi khasnya pelajar IPT dan pemuda pemudi diberi ruang bersama-sama generasi veteran dalam BPKR dan KeARAH
untuk merancang dan menguruskan program-program  anjuran BPKR dan KeARAH.

  Tujuannya adalah untuk mempercepatkan perkongsian dan penurunan pengalaman daripada generasi veteran kepada generasi muda, mewujudkan suasana kebersamaan antara generasi muda dan generasi veteran bagi mengurangkan masalah jurang generasi serta
Latihan amali pengurusan dapur
membangunkan bakal-bakal peggerak dan pewaris dakwah dan tarbiah. Gerak kerja meliputi merancang dan membina modul, tugas-tugas  kesetiausaan dan urusetia sera sebagai fasilitator program. Banyak dalam kalangan penggerak muda dakwah dan tarbiah di IPT dan pemuda pemudi dalam masyarakat yang mendapat manfaat daripada program ini.




Monday 17 March 2014

KEM ASAH FAKULTI INSAN (KAHFI) 2014

Terbuka kepada remaja (tingkatan 1-5 (termasuk lepasan SPM 2013)  yang pernah menyertai KASeH, KMK, ProCAST, PESONA, STAR! dan lain-lain program HALUAN.




TENTATIF PROGRAM:
TENTATIF KAHFI ZON UTARA
24 – 26 MAC 2014
MASDAR, CHANGLUN, KEDAH

24 MAC 2014
1.00 – 3.00 petang
PendaftaranPeserta
3.00 – 3.45 petang
Taklimat Program, Mind & Heart Setting
3.45 – 4.30 petang
Ice Breaking
4.30 – 5.15 petang
SolahAsar, Bacaan Al-Ma’thurat
5.15 – 5.30 petang
MinumPetang
5.30 – 6.30 petang
Team Building
6.30 – 7.00 petang
MakanMalam
7.00 – 7.30 petang
PersiapanDiri
7.30 – 9.00 malam
SolahMaghrib, Bacaan Al-Quran, KULTUM, SolahIsya’
9.00 – 10.30 malam
SLOT 1: 10 MUWASOFAT TARBIYAH
10.30 – 10.45 malam
Refleksi
10.45 – 11.00 malam
MinumMalam
11.00 malam
HimpunDaya


25 MAC 2014
5.00 – 6.30 pagi
Qiyamullail, SolahSubuh
6.30 – 7.30pagi
KuliahSubuh
7.30 – 8.00 pagi
SarapanPagi
8.00 – 8.30 pagi
Taklimat KAHFI Race
8.30 – 12.30 tengahari
KAHFI Race
12.30 – 1.30 petang
PersiapanDiri, Rehat
1.30 – 2.00 petang
SolahZohor
2.00 – 4.30 petang
KAHFI Leadership Activities
4.30 – 5.15 petang
SolahAsar, Bacaan Al-Ma’thurat
5.15 – 5.30 petang
MinumPetang
5.30 – 6.30 petang
Riadhah
6.30 – 7.00 malam
MakanMalam
7.00 – 7.30 malam
PersiapanDiri
7.30 – 9.00 malam
SolahMaghrib, Bacaan Al-Quran, KULTUM, Solah Isya’
9.00 – 10.30 malam
SLOT 2: TARBIYAH RUHIYAH
10.30 – 10.45 malam
Refleksi
10.45 – 11.00 malam
MinumMalam
11.00 malam
HimpunDaya


26 MAC 2014
5.30 – 6.30 pagi
SolahSubuh
6.30 – 7.00 pagi
KuliahSubuh
7.00 – 8.00 pagi
KAHFI Leadership Games
8.00 – 8.30 pagi
SarapanPagi
8.30 – 9.30 pagi
GotongRoyong
9.30 – 10.00 pagi
PersiapanDiri
10.00 – 11.00 pagi
Sharing Moment
11.00 – 12.00 tengahari
KalimahAkhirah
12.00 – 1.00 petang
MakanTengahari
1.00 – 1.30 petang
SolahZohor
1.30 petang
Bersurai



Sunday 7 August 2011

PERTUNJUK DI SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN

Di sepanjang perjalanan kita perlukan panduan agar tidak tersesat, tidak tersasar daripada tempat yang ingin kita tujui. Dalam kehidupan kita perlukan pedoman agar kita jelas matlamat kita, ke mana harus kita tujui, apakah perkara-perkara utama yang perlu lakukan...

Dalam kehidupan ini, hanya sanya Islam merupakan panduan kehidupan. Tiada panduan yang lain...kerana manusia diciptakan oleh Allah swt dan Dia sahajalah yang Maha Arif apakah panduan yang perlu bagi manusia. Allah swt telah menyediakan panduan untuk manusia melalui para Rasul yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka sewajarnyalah manusia mengambil panduan yang telah disediakan-Nya untuk sekalian manusia dan jin.

Apakah yang ada pada kita, manusia yang kerdil...untuk mencari panduan yang lain. Udara yang kita sedut, air yang kita minum, makanan yang kita makan, malam yang kita tiduri, siang yang kita jagai..semuanya datang daripada Allah swt. Maka sudah tentu Allah swt jua tempat untuk kembali mendapatkab panduan dan bimbingan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini dengan penuh selamat dan penuh sejahtera!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More